Wednesday 27 March 2013

DIA AKAN TINGGALKAN AKU !!

Akhirnya masa yang aku tahu akan tiba semenangnye menunggu waktu .Dia akan pergi melanjutkan pelajaran di tempat lain. Ape akan berlaku pada aku nanti bila dia takde ?., Sape yang akan manjakan aku lagi lepas ni?.. Siapa yang akan berikan aku kasih sayang seperti dia ?, Aku tak sanggup ya allah..terlalu banyak kenangan kami bersama dalam rumah ni. Pahit manis semua aku terima. Aku tak sanggup kehilangannya lagi dalam hidup aku . Aku mahu bersama dia selamanya . Ya tuhan kenapa hati aku berat sangat mahu melepaskan dia pergi?.. Sebab aku terlalu mencintainya dan aku memerlukannya. Dia saja yang faham aku, dialah kawan, sahabat, kekasih ,teman sejati aku . Tiada apa yang dapat menandingi kasih sayang dia. Aku buta yang selama ini dia amat mencintai aku . Dia menjaga aku supaya  aku tidak ke lembah hina , dan hanyut . Akhirnya dia akan tinggalkan aku jua . Kehidupan aku selepas ketiadaan dia pasti tidak sama lagi seperti sekarang . Aku akan bagi sepenuh perhatian padanya untuk masa yang ade ni, aku tak akan kecewakan dia lagi. Ya tuhan tabahkanlah hati ini.

Thursday 14 March 2013

angan tak sudah !!

Kenape ape yang aku nak tak penah tercapai ,tak penah dapat . Ape yang dirancang tak menjadi , tapi jadi yang sebaliknya . Nasib selalu je tak menyebelahi aku . Aku nak sangat jadi yang paling cantik malam dinner nanti, tapi aku tak cukup bajet. Konon2 nak jadi pengantin , last2 jadi orang biase2 jer.. Hurm, nak bwat mcm mana ,redha jela . Yang di DIA tu pulak tak call or mesej langsung tanye aku dah ade dress ke blom untuk malam tu nanti. Kadang2 rase dia dah takde hati langsung nak amik tahu hal aku lagi dah . Dia buat hal dia ,aku bwat hal aku . Kami dah tak serasi lagi macam dulu, aku rindu saat2 dulu yang dia sangat menyayangi aku, ambil berat pasal aku ,tak marah atau pukul aku . Tapi aku mungkin takkan dapat balik semua tu . Semua keterlanjuran aku ni dah melampau2, dan aku tak boleh berpatah balik. Aku hanya tunggu masa untuk berpisah dengannya. Tapi mestilah selepas dia bagi aku laptop sendiri yang baru and bayar hutang dia dengan mak aku rm1k.Selagi dia tak langsaikan ,selagi tu aku takkan berganjak .

Aku harap malam dinner nanti akan jadi malam yang paling best dan bermakna buat aku . Biarlah bersederhana pon, asalkan aku ok!

Monday 11 March 2013

KENAPE TUHAN SANGAT TAK ADIL DENGAN AKU??

Kenape tuhan tak adil sangat dengan aku ??, ape dose aku ??. adakah semua ni salah aku ??.. aku tak patut terima nasib macam ni . Aku tak nampak jalan keluar dari sini. Ya allah dia sangat membenci aku ,dia mahu aku keluar dari hidup dia ,tapi kemana harus aku pergi ?, Aku tak mampu ya allah .. aku mahu hidup bahagia dan bukannya derita . Aku menangis setiap kali bersamanya . Aku kecewa setiap kali dia mengeluarkan kata2 sinis pada aku . Aku terlalu lemah ya allah. Kenape kau bagi aku ujian yang sebegini rupa??.. Hati terlalu sakit dan hancur dek perbuatan dia pada aku . Aku diperlakukan dan dilayan tak ubah macam pelacur ,macam binatang . Aku malu . Tapi ape daya aku untuk menolak atau menghalang . Dia terlalu membenci aku .Dan sekarangla masa untuk dia membalas dendam dan aku pon ta tahu ape salah aku selama ni . Dia dilayan bak raja dalam rumah ni ,tapi still tak puas lagi . Aku diperhambakan dan aku rela ,masih lagi tak cukup untuk dia .Aku mahu hidup bebas dari cengkaman dia, tapi dia pegang kad bank aku, dia tahu mana rumah mak aku, rumah kakak aku, semua dia tahu . Aku tak boleh lari kemana2 . Kalau aku lari pon bawak laptop ni, comfirm dia cri aku dekat kolej and malukan aku. Aku boleh keluar dan lenyap dari sini, tapi aku tak boleh bawak laptop la, abis aku nak blaja cmne?, dia janji nak gantikan laptop aku tapi sampai sekarang takde pon . Yang dia beli tu IMAC tu terus. Lepas tu tak pandai guna 3dmax dlm MACBOOK ,terpaksala kongsi laptop ni . 

Aku just nak mati jer sekarang ni. ni jer penyelesaian masalah aku . Aku hidup pon on terumbang ambing ,menyusahkan semua orang buat ape pon kn.. 

Wednesday 27 February 2013

dalam benci ade sayangnye...

hahaha.. aku dah agak dah ,dia akan bayarkan punye yuran dinner untuk aku tu. Dari minggu lepas lagi dia dah bayar . Dalam benci tuh ade jugak sayangnye dia kat aku kan. Aku ingat aku yang nak surprise dia ,rupe2nye dia yang surprise aku . Sekarang tak payah la aku selindung2 belakang dia lagi, aku akan carik outfit yang same untuk kitorang . Aku nak buat yang gempak giler .huhu.. just wait n see..

Tuesday 26 February 2013

MENYAMPAH!!!

Aku menyampah giler dengan sir A tuh . Start dari dia bagitahu satu class mesej yang aku hantar kat dia tu ,dIa bace depan satu class kowt ,bagitahu semua lecturer nyer. Start dari tu lah aku dah ta mampu nak tengok pon muke dia . Class dia pon aku nak taknak je pegi. Last2 dia bagi aku D untuk subject dia , n NC untuk subject referral aku. So skrg aku dah rugi rm50 ,kene ambik referral lagi sekali . Takpe ,hari ni hari kau ,esok lusa hari aku pulak. 

Sem ni aku akan buat yang terbaik kat 3 kelas yang aku amik sem ni. aku nak buktikan dekat semua lecturer yang ape sir A tuh cakap pasal aku tak betul. Aku akan buktikan yang aku akan dapat A dalam ketiga3 subjek kali ni. A kau tunggulah masa aku pulak sampai. 



ape salah aku??

Aku tak tahu ape lagi salah aku hari ni . Aku dah pon pulangkan rm20 dia balik pagi tadi. Aku balik tadi punyelah pening kepala macam nak pecah , dala aku tak makan dari pagi . Aku pon beli la nasik lemak dekat makcik yang selalu meniaga kat lrt tu . Lepas tu ingat nak balik jalan kaki je sebab nak save duit . Tapi hari nak hujan la plak . Nampak nye naik teksi lagi la hari ni. Melayang rm5 aku . Tinggallah rm3 dalam purse n itulah yang akan bawak aku pergi esok hari. Aku nak mintak kat dia ,rasenye tak perlu kowt , aku malas nak mintak simpati dia lagi dah . Biarlah aku susah senang sendiri. Dia pon tak penah ikhlas dengan aku . Dia cakap dia sentiasa fikir masa depan dia ,buang mase dia nak fikir pasal aku .

Dia balik dari kolej around 5pm like that . Then maybe dia tengok aku tengah tidur n aku tak masak ,dia marah la kowt ,pastu dia pegi main basketball sampaila pukul 7.30pm.

Lepas tu dia mandi ,siap2 pegi keluar lagi . Ntah ke mana lagi hari ni . Aku dah takde rase ape2 dah ,nak tanye pon nanti buat sakit hati je dengar jawapan dia .Aku pon diam jerla . Aku tahu dia buat camtu sebab nak sakitkan hati aku lagi. Hati aku dah terlalu terluka untuk menangisi ape berlaku hari ini . Aku dah sampai takde airmata dah . Biarlah ape yang berlaku aku pendam dalam hati . Blog ni sekadar meluahkan isi hati ,ibarat diari aku . Aku memang suka menulis diari ,tapi setiap kali diari aku dirampas dan dikoyak2 ,ade jugak yang dibakar olehnye . Dia memang tak suke aku menulis diari. Blog ni jerlah peneman aku ,untuk sementara dia tak tahu lagi , if one day dia dapat tahu MATI LAH AKU!!!

sambungan MALAM ...

"THIS RELATIONSHIP GONNA END VERY SOON !" 

nilah perkataan yang selalu dia ungkap . Setiap kali dia ungkap aku terdiam dan terpaku . Perasaan malu dan sebersalah menghantui aku .Aku tak tahu mana lagi salah aku . Semalam dia balik around 11.30pm , aku buat2 tidur mase tu . Dia balik terus mandi . Selama aku kenal dia kalau dia keluar mane2 lepas tu terus mandi maknenye dia minum arak atau lepas having sex. 

Dia tidur kaki dekat kepala aku , aku buat2 tak sedar . Then aku keluar sebab nak pegi ambik air minum , dia pon follow aku macam la aku nak larikan diri . Memang selalu dia buat macam tu pon. Perasaan unsecure dengan aku dah lama dalam diri dia . Sampai aku tak penah dapat kunci rumah sendiri , aku takde password macbook dia , handfone dia . Padahal  aku tiada langsung berahsia dengan dia . Memang sakit hati , tapi nak buat macam mana lagi , aku masih belum dipercayai 100%.

Pagi tadi aku ambik rm20 dalam wallet dia. Punyelah dia marah sampai cakap lagi "this relationship gonna end very soon ", aku terkesima /terkejut / dan macam2 lagi perasaan yang bercampur baur. Sememangnya dia nak sangat aku pergi dari hidup dia. Sedangkan bila dia guna duit aku tanpa bagitahu aku dulu ,aku diam jer , takde pon aku nak cakap ape2 .
Kenapa dunia ni sangat tak adil pada aku ?.. Semua aku buat semua salah , dia buat semua betul , aku langsung tak boleh nak pertahankan hak aku , aku langsung tak boleh bersuara . Semua keputusan di tangan dia . Bile aku kena makan , cara tidur ,buat kerja semua kene ikut cakap dia . Even nak keluar rumah pon dia tak bagi ,kalau bagi pon if dia suruh beli ape2 .Kalau aku berdegil jugak dia akan cakap "this relationship gonna end very soon"..


Monday 25 February 2013

MALAM...

Tadi aku balik dari kolej around 7pm like that .Balik je rumah dia takde pon nak greet aku macam yang selalu dia mintak aku buat kat dia each time dia balik rumah . Hurm, aku pon diam jerla then pegi dapur n ingt nak masak la sebab selalunya dia mesti tak makan lagi . Tapi rupe2nye dia dah makan ,siap order pizza lagi tuh . Pergh ,berapi hati ni rase ,semalam pizza harini pizza ,banyak pulak duit dia kan . Padahal nak bagi aku duit belanje pon susah ,apa lagi tah duit tambang . Tapi takpelah, aku relax jer dlu , aku pon masak la nasik goreng sekuali sebab aku tahu nanti dia lagi mengamuk kalau takde makanan untuk dia sekali. 

Dari start aku blender chili sampai la aku dah siap pon masak ,takde pon dia jenguk aku kat dapur macam selalu. Hari ni dia diam jer then mesej2 dengan sape pon aku tak tahu la. Dia kan cakap ramai pompan kat luar sane yang tunggu dia ,so sebab tu dia tak heran pon pasal aku ni. Yelah aku ni sapelah pada dia . Aku tak berhak nak tahu ape2 tentang dia dan tak berhak nak ambik tahu ape pon yang dia buat .Tu semua kehendak dia. So sekarang hanya tutup mata , pekakkan telinga dan bisukan mulut lah yer.

Lepas aku siap masak ,aku makan la ,makanan dia pon dah tersedia jugak . Tapi dia still tak keluar dari bilik , dok terperuk dlm bilik ,n aku pon malas la nk kacau . Aku makan jerla dulu .Dah siap makan aku terdengar macam dia tengah siap2 . A dah agak dah ,mesti dia nak keluar punye . Pegi jumpe sape tu aku tak tahu la, tuhan jer yang tahu . Cume yang pasti dia nak lukakan hati aku lagi .Yang paling aku takut kalau dia bawak balik pompan lain . Yang tu memang dah kronik n aku tak tahu kalau aku sanggup lagi nak tebalkan muke duduk sini. Itulah yang terakhir aku akan takut dan dia tahu itu memang kelemahan aku dan dia memang nak halau aku dari sini. Itulah motif dia buat semua ni . Dia keluar tanpa tinggalkan pesan atau at least kiss dahi aku macam selalu dia buat dan aku tahu itu tandanye dia tengah marah . Untuk ape dan sebab dia nak marah aku pon tak tahu . Siape yang sepatutnye marah dalam situasi aku ni??, dia atau aku?.. bile difikirkan balik aku memang takde hak nak marah sebab aku cuma menumpang kat sini dan aku cuma hamba abdi dia jer . Relakan jer lah semua ni berlaku .

Memang sakit hati ni bila diperlakukan macam ni tapi ape boleh aku buat . Aku dah banyak berhutang budi dengan dia. Aku terima jerlah pembalasannye sekarang ni. Aku anggap ni semua sebagai karma yang patut aku terima . Nak sangat hidup senang lenang , sekarang terimalah akibatnye . 

Sunday 24 February 2013

TAK ADIL!!!

Kadang2 aku dapat rase macam tuhan tu sungguh tak adil dengan aku. Ape aku nak sentiasa tak dapat . Aku selalu dapat yang worst . Aku takde keistimewaan ,kepakaran dalam ape pon yang aku buat . Blaja pon tak penah jadi top 3 ke top 10 pon tak penah . Tak cantik , tak sempurna , dan tak bergaya macam orang lain  .Aku menceburkan diri dalam dunia lakonan  dan modelling ,  aku diherdik sebab takde pakej yang menarik katenye . Aku masuk dunia rekaan , aku langsung tak tahu melukis . Sampai sekarang aku tercari2 ape yang ade dalam diri aku ni , ape kepakaran aku dan ape yang aku boleh buat supaya dunia nampak aku . Kadang2 aku jeles dgn N , dia selalu score dalam subject yang dia ambik , modelling pon pencapaian dia lagi boleh dibanggakan dari pencapaian aku . Kepala otak dia bijak tak macam kepala otak aku . Ya tuhan , sampai bila kau nak simpan aku dalam kepompong ni , aku dah penat carik dan menunggu jawapan . 

Hurm...

Semalam kitorang gaduh lagi , sebabnye dia boleh pulak meyampuk mase aku tengah on call dengan mak aku. Aku pon ape lagi la , tah ape nak aku jawab dengan mak aku ntah . Dari semalam aku terus tutup handfone lepas dia menyampuk . Dia cakap dia tak sengaja , aku memang tak boleh terima . Dahla dia backstab aku dia taknak mengaku . Ade ke patut dia bagi aku satu design rumah ni , lepas tu boleh pulak dia g post dekat fb dia . FUCK YOU SON OF BITCH .  

Tapi ntah macam mana sebelum aku nampak yang dia post dalam fb dia , tuhan dah bagi aku petunjuk . Ade rase macam sesuatu la. Masa malam 20hb dia keluar pegi fitting kalau tak silap aku , ntah fitting ke dating tah . Selalunya kalau fitting ni ,sehari atau dua hari sebelum shooting (yang untuk extra la), aku tahu pon sebab aku pon ade pengalaman dalam benda2 ni . Sampai ke hari ni dah 25hb dia takde pon pegi shooting lagi .HUHUHU , aku tahu la yang kau auta lebeh !! Aku pon dengan pantas buat design aku sendiri , rasenye aku amek mase 4 jam jugak la nak siapkan , n aku kene buat belakang dia diam2 sbb nanti dia tanye kenape aku buat yang lain . Lepas tu kalau dia ade kat rumah pasti dia nak peluk aku atas katil manjangnye ,then aku tak boleh buat satu ape pon .

Lagi satu yang buat aku malu sangat ni , dia g post kat fb dia mase tarikh hari valentine di mana kami same2 ade kat rumah mase tu . Dia post "having fun with two lesbian couple bla bla bla...... yang buat aku musykil ape muslihat dia disebalik posting tu?. Kalau dia nak buat aku jeles atau nak sakitkan hati aku , aku bukannye friend dalam fb dia pon, jadi maksudnye dia ade orang lain yang untuk dijeleskan . GOT IT!!!  Yang buat aku lagi sakit hati , aku tanye ape motif dia buat macam ni ?. dia boleh jawab itu fb dia ,so suke hati dia lah nak post ape pon ,itu hak dia n takde kene mengena dgn aku . Lepas dia cakap camtu aku terus sentap n diam seribu bahasa . Aku menyendiri kat balkoni . Mungkin dia rase yang aku ni bukan manusia dan takde hati n perasaan macam pompan2 lain kowt ,sebab tu dia buat aku camni .

Ya tuhan , tau tak bukan semalam je dia cuba halau aku dari sini ,bahkan dah bejuta2 kali dah dia halau aku . Tapi aku dengan muke selamba n tak tahu malu nye tetap lagi stay dengan dia kat sini. Aku bukan taknak keluar tapi cabaran hidup kat dunia luar lagi besar dari sini. Lagipon aku bukan ade duit pon . Endingnye nanti aku benti blaja n jadi pelacur ??.. ee,taknak la aku terus2an buat dosa kering camtu . Lagi satu aku mungkin akan dapat penyakit HIV kalau aku buat kerja tu . Banyak risiko nye . Sebab tulah aku masih stay kat sini , aku nak tunggu sampai abis blaja je , dah selesai semua ni baru aku boleh tarik nafas lega . 

Macam2 cara dia buat supaya aku menyerah kalah n ending kan perhubungan ni . Macam2 dia buat supaya aku sakit hati dan menangis N macam2 dia buat supaya aku benci dia . Tapi aku ni hati kering , takkan ade satu pon yang boleh buat aku kalah dengan permainan ni . Biarlah dia nak layan aku macam pelacur atau hamba abdi pon . Aku da malas nak ambik tahu pasal hati yang tak terjaga dah ni . Aku cuma nak abiskan blaja je , tu jelah harapan mak aku selama ni . 

Saturday 23 February 2013

huarghhh,...

huarghhhhhh....tinggal 4 hari jer lagi tarikh akhir pembayaran untuk dinner tu .. OMG , mane aku nak carik fulus nih ?, si budak I tuh tah bile nak bayar balik duit aku tah, pandai pinjam tak pandai nak bayar balik , macam2 alasan la dia bagi . Ura2nye anak datok , tah anak datuk bercucu 9 kowt ..loll..Aku ni kalau ade orang nak pinjam duit ,aku jenis kesian tau ,aku bagi jer walau sesape pon (itupon kalau aku ade duit la ) , tapi masalah nye pulak aku ni jenis tak suke mintak balik duit aku tu , walaupon aku ade hak .Aku jadi malu plak nak mintak balik ,tah ape penyakit tah aku ni . 

kesimpulannye , kalau sampai 28hb ni si I tuh tak bagi jugak duit aku , terpaksa lah aku batalkan niat nak berglemer2 malam dinner tuh nanti . Dah sememangnye nasib selalu jer tak menyebelahi aku . Dah selalu sangat nasib malang bersama aku . Kalau ade something yang penting atau yang aku teruja sangat nak pegi ,mesti ade je yang menghalangnye. Hurm,  ape nak buat kan ,kalau ade rezeki aku , ade la.. kalau takde aku redha jela .

takde layanan istimewa dari dia ..........

dah dekat dua tahun kami bersama tapi layanan dia terhadap ,aku same jer macam dia layan pompan2 lain. Kadang2 aku ni cemburu jugak bile dia asik IM dgn pompan lain kat FB , lg2 dia IM dgn budak2 fakulti aku .huhu,sakitnye hati . Tapi bile aku pikir2 balik , aku ni sape la pon nak marah atau cemburu, aku bukan sape2 dalam hidup dia pon, dia penah tulis dalam note book aku yang dia takkan mengahwini aku. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia . Aku ni cuma pelacur je bagi dia , hamba yang perlu menuruti semua kemahuan dia .Redha jelah , dah ini jalan yang aku pilih .

D.W antara orang yang paling aku nak sangat tahu ape hubungan dia dgn pompan tua separuh abad ni . Sugar mummy dia ke?,, yang aku tahu dulu dia penah tipu aku yang D ni adik kandung dia , dia suruh aku balik kampung semata2 adik dia nak datang melawat dia kat rumah . Rupe2 nye aku dapat kantoikan diorang . Wanita separuh abad yang berada di rumah dia . HUHU ..mase tu memang la sakit hati tapi dia pujuk aku balik ,dia cakap dia cuma guna2kan D ni untuk dapatkan benefit jer. Sama jugak macam aku,tapi dia takla cakap depan2 aku . Aku pon boleh rase benda yang same .Lagi satu yang B.R ni , pompan ni dari kampung dia ,diorang dah lame kenal n memang penah menjalinkan hubungan . Pompan ni tak habis2 merayu macam2 kat dia mase aku terbukak fb dia. Tapi dia cakap pompan ni curang kat dia , yeke??.. ataupon ini macam cerita classic dulu2 yang pompan tu akan tunggu laki tu balik walau seribu tahun pon , itulah namenye cinta sejati kan ..

yang buat aku lagi sakit hati , bile aku balik kampung or stay umah kakak aku takde pulak dia beria2 nak mesej aku macam mase zaman2 dia nak ngorat aku dulu . Satu mesej sehari pon susah nak hantar ke?? .. Yang peliknya dengan si D ni 24/7 tak penah lekang bermesej nyer . Kadang2 buat aku rase something . Aku dah lama tahu hubungan dia dgn si D ni dah lame sangat , tapi ntahla , aku tak nampak mane keistimewaan yang dia bagi pada aku .

Memang aku akui , cinta kami tak semekar dulu, tak seindah dulu dan dah semakin kusam . Tapi hari demi hari aku cuba mengalah dan menaikkan lagi rase cinta di hati . Tapi hati satu lagi tak habis2 menghasut tak perlu buat semua ni sebab aku bukan sape2 bagi dia . Dia takkan hargai pon semua tu . Memang betul pon, dia tak pernah nampak pengorbanan aku selama ni ,yang dia nampak cuma seorang pelacur dan hamba abdi.


annual dinner..

huem.. persediaan aku dah 60% untuk dinner nanti, aku betol2 tak sabar giler nak tunggu malam tu . Aku nak jadi diantara yang mendapat perhatian . Tapi nanti si bapok tu mesti mendahului aku berlap2 ..huhuhu..yerlah bapok pon dia lagi cantik what dari mana2 gadis,kaki panjang ,smooth and clean lg tuh , aku pon ternganga tengok bile dia pegi kolej pakai mini skirt .Annoying giler  si bapok ni biler dia post dekat dalam group "tak best la kalau dia takde"  WTF !!! ...Walau apepon aku kene jadi diri aku malam tu ,aku kene bukak mata semua orang yang aku adalah aku .Aku akan buat kejutan besar malam tu .

Si jejaka hati aku tu pulak sibuk nak tanye orang lain pasal dinner tu, yang aku ni langsung dia tak tanye .Hurm, maybe dia rase aku ni tak tahu pape kowt , tapi diam2 aku dah buat persediaan awal .huhuhu..kalau dia boleh buat aku camtu ,aku pon boleh jugak la der,.


tak sabar ,tak sabar , tak sabar.......................................



Thursday 21 February 2013

bla bla bla...


You.Are.Amazing.

As. you. are.
Stronger than you know.
More beautiful than you think.
Worthier than you believe.
More loved than you can ever imagine.
Passionate about making a difference.
Fiery when protecting those you love.
Learning. Growing. Not alone.
Warm. Giving. Generous.
Quirky. Sexy. Funny. Smart.
Flawed. Whole. Scared. Brave.
And so, so, so.much.more.
Be Strong. Be Confident. Be You.









ape boleh buat....

hurm ,bulan depan fakulti aku ade buat annual dinner . Aku nak sgt pegi , selama ni aku mane ade pegi mane2 yg fakulti anjurkan , sometimes tu nak jugak la glamer2 .. aku tak penah jadi perhatian fakulti , yerla aku ni bukan cantik pon , tak pandai pulak tu ,n lebih worst lagi aku kapel pulak dgn black guy ..huhuhu.. benda tu jerla pon yang buat orang kenal aku kat kolej tu .. 

Aku dah mule berangan2 nak jadi  diantara yang tercantik malam tu , tapi aku takde costume , duit pon takde , bajet mesti banyak punye nak gune . Pagi tadi DIA terlepas cakap yang dia nak pegi dinner tu , hurm, takde pon ajak aku pegi same .Aku terase sangat bile DIA buat aku macam bukan sape2 dalam hidup dia . Bile susah same2 tapi bile DIA senang ,DIA pegi carik kawan2 DIA , enjoy dgn pompan2 lain .. Kadang2 aku rase macam aku ni cuma tempat DIA mengadu , tempat DIA lepas nafsu jer.  Aku tahu DIA takkan lepaskan peluang untuk pegi dinner tu ,sebab tu diantara dinner yang classy la yang fakulti aku penah anjurkan .Mase tu lah pon DIA nak carik mangsa2 baru . Aku takkan benarkan itu berlaku pada mana2 gadis lagi , cukupla aku sorang jer yang rase pahitnye bersame dia , dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri , dihina , diperhambakan , dipukul tu dah jadi macam biasa je bagi aku sebab  dah selalu sangat tangan kaki naik . Aku bukan menyesal tapi aku rase aku perlu teruskan jugak sampai selesai ,aku da mulakan ,so sekarang aku kena keep on play and then tamatkan semua ni dengan cara berhemah .Aku dah penat rase sakit ,aku dah penat mengadu domba ,aku dah penat nak fikir pasal hubungan ni , biarla aku mengalah dan berdiam diri, biar DIA buat ape DIA nak , biar DIA sakitkan hati aku sebagaimana DIA nak , aku akan terima ape saje .Aku tahu motif DIA buat semua ni untuk usir aku dari rumah ni , dan untuk buat aku tamatkan hubungan ni . Tapi tak semudah itu , aku takkan mengalah , aku ade misi aku sendiri dan aku cuma perlu buat tak tahu jer walau ape yang bakal berlaku .

Aku akan buat kejutan besar malam annual dinner nanti . Aku takkan mintak satu sen pon duit dari DIA . Biar DIA tahu aku pon tak hadap sangat duit DIA tu .

Sunday 17 February 2013

BOSAN DENGAN PASANGAN ANDA?.. APE NAK BUAT YER?

Hurm,hari ni aku nak cerita pasal pasangan yang mudah bosan dengan pasangan masing2 .. cinta tu memang ade tapi susah nak semarakkan cinta tu kalau masing2 ego . Dari pengalaman aku sendiri ramai diantara lelaki2 yang try nak usha2 aku adalah daripada golongan yang sudah berumahtangga . Pelik kan ,dah ade bini ,masih lagi berpoye2 kat luar . Katenye pegi meeting tapi dating rupenye . Aku penah jugak tanye beberape orang ni kenape agaknye diorang makan luar a.k.a skandal belakang isteri, rate2 dari dorang ni cakap yang diorang bosan dengan cara hidup yang same tiap2 hari, tengok muke yang same tiap2 hari, anak menangis tak henti2 , isteri dah gemuk dan tak cantik macam dulu ,isteri kene jage anak jer sampai takde mase nak layan suami dan macam2 lagi alasannye..haishh ..kalau taknak jadi macamni ,asal nak kawin jugak ??,. orang lelaki memang camtu ehh???....lelaki jangan marah haaa.. 

Aku sendiri pon tak nafikan , cinta aku dgn en.sayang aku tu semakin hari semakin pudar ,hari2 buat benda yang same memang bosan ,tapi kite kene la jadi kreatif sikit ,macam aku buat ni :-

  • buat surprise dinner untuk si dia (masak la sedap2 sikit n special )
  • beli la baju tidur baru a.k.a pyjamas ,bukan malah pon kan . Asyik2 yg same je mesti bosan nye si dia tu tengok .(warna merah boleh menaikkan aura cinta)
  • memainkan peranan anda di atas katil , buat la yang lain dari yang lain sikit .(baru thrilled)
  • pakai la wangi2an sikit , ni asik2 bau belacan jer mane suami nak dekat 
  • pegi honeymoon atau bercuti same2 (jangan bawak anak2 yer )
  • pegi tempat2 yang selalu pegi mase time mude-mudi dulu (zaman becinte )
  • buat handcraft yang sweet giler untuk si dia (handcraft ni sentimental value lain tau)
  • bagi urutan sensual 
  • main game xbox same2 
  • masak same2 
  • buat kerja rumah same2 
  • bagi hadiah 
  • ketipkan kuku si dia ,omaigosh yang ni sweet giler la aku cakap .
  • mandi same2 
  • n so on.....................................
sebenarnye banyak lagi ,tapi korang pikir2 la sendiri yer , ni semua idea kreatip aku jer ,nk follow ke taknak ke up to korang lah yer. Kadang2 ape yang kite rancang tu tak menjadi gak , so ,kite enjoyyyy!!!

Saturday 16 February 2013

KEJAP BERTUDUNG ,KEJAP FREEHAIR ..MANE SATU NI ?

Banyak jugak cerita yang aku dengar pasal pompan yang kejap pakai tudung ,kejap freehair .. ade yang siang pakai tudung ,malam pulak freehair ..macam2 la yang aku dengar . Tapi kite tak boleh suke2 hati judge orang , biarlah diorang nak buat ape sekalipon asalkan diorang bahagia , dan kite cuma mampu mendoakan yang baik2 sahaja . Jangan la pulak mencemuh mereka2 ni ,sebab mungkin mereka ada sebab2 tertentu buat macam tu . Mungkin niat mereka baik tapi cuma belum bersedia sepenuhnya .

 Ape2 pon aku nak nasihatkan korang , bukan semua orang tu sempurna , sebaik2 kita pasti ada jugak di mana2 silapnya .. Jadi stopla jage tepi kain orang ,bukan dapat pahala pon , dapat dose lagi ade la .. huhuhu

GAYA RAMBUT LADIES 2013!

Rasenyer semua dah tau yang tahun 2013 ni style rambut wanita adalah style rambut pendek .. macam2 kite boleh gayakan dengan rambut pendek ni ,bukan rambut panjang jer boleh tau .. tak caye tengok ni ..


INTERRACIAL COUPLE

INTERRACIAL COUPLE ialah apabila pasangan itu berlainan bangsa dan warna ( fakta sendiri ) . Selalunya orang pandang serong atau pelik pada pasangan ni .. "what the hell is wrong with both of you'' /  "hey .what the fuck / "Omaigoshhh " / "ek eleh ,ape benda la" /
"hitam vs putih " and macam2 lagi la yang public akan cakap, tapi ade aku kesah ??... hahahhah!

Aku pon dalam kategori ni jugak .. aku vs black american ..huahahah... semua orang benci aku dowh bile dapat tahu pasal ni , macam2 tanggapan orang .. maklumlah "black" ni selalu dikategorikan sebagai "jahat" , tapi bf aku okla , tak buat menda2 tak elok ,.ape orang nak cakap tu belakang kire , asalkan hati kita tahu mana yang betul dan tidak ..

Mule2 kekok jugak la nak keluar same , makan same , semua orang usha tak puas hati jer, aku bedebuk muke sekor2 tau la.. erm, tapi lame2 aku dah biasa ,dan betul cakap orang cinta itu boleh membutakan sesiapa sahaja .

Sweet sebenarnya INTERRACIAL COUPLE ni , kalau tak caye ,cube lah .. haha..Ape yang penting HATI dan bukannye tanggapan orang luar okay.




Lelaki panas baran ,EGO ?


EEeeiii.. aku paling benci lelaki "EGO" dan "PANAS BARAN" ni .. suke sangat marah tak tentu pasal ,same goes to my boyfriend, benci tau .. Ego tinggi melangit tuh nak tunjuk pada sape ?, sape yang suke ?..annoying giler kalau jumpe orang macam ni ..haishh

kadang2 memang la diorang marah bersebab tapi takkan la benda kecik boleh jadi ribut taufan kn, ade otak lu pikir la sendiri baik buruknya bersikap macam tu . Takde sorang pon yang bagi thumbs up untuk jadi panas baran . Panas baran ni banyak kesan negatifnye , antaranya :

  • pergolakan rumah tangga
  • kemurungan
  • sakit jiwa
  • bersikap negatif
  • trauma 
As a human , kite kena la bertolak ansur , kena bersikap positif , benda2 kecik tu halal jer la , tak luak pon kn...

Kite boleh menangani orang panas baran ni dengan cara ni :
  • bersikap positif
  • berdiam diri
  • memaafkan
  • mendengar luahan mereka
  • berikan masa pada mereka
  • jangan melawan 
  • buat ape yang mereka suruh
  • mengalah
Mudah-mudahan dengan cara ni dapat serba sedikit menyelesaikan masalah korang yer.. renung2kn dan selamat beramal ...

boyfriend berkira ??



hurm, ni memang masalah besar kalau dapat bf yang berkira sangat dengan kite..huhu..mostly ladies ni suka lelaki yang pemurah a.k.a tak kedekut .. tapi kalau dapat ,redha jela..
  ni aku nak citer pengalaman aku , aku ade sorang bf ni ,sekarang ni 16 feb 2013-21:47 aku masih lagi dengan dia , esok lusa tak tahu la pulak kn..huhu... Dulu bf aku ni masa nak tackel aku bukan main lagi pemurahnye ,blanje shopping ,bawak g jenjalan , blanje makan tempat best2 , maklumla foreigner ,mesti banyak duit kn ..hahah .. Aku mase ni ade buat partime as a freelancer , so pendapatan aku pon tak menentu gak , ade job ade la masyuknye ..aku ni jenis mata duitan sket .. almaklumlah ,student kolej swasta kot , bajet manjang jer larinyer.. kemachoan dan keikhlasan dia jelas terpancar hari demi hari dan aku pon jatuh cinta dengan dia a few month later .. lepas tu aku ade problem sikit dengan housemate aku , aku pon decide tinggal dengan bf aku ni , dia pon suke la kn ..mase tinggal dgn dia aku stop buat partime sbb dia pon cakap dia mampu sara aku .. 6 bulan yang pertama memang in honeymoon mood jer la , but lepas tu keadaan jadi tegang je sebab dia ade financial probs.. aku pon tak boleh la nak blah macam tu jer kn ,kene la understanding sbb cinta bukan hanya pada harta semata , sbbkn cinta jugakla aku stay susah senang dengan dia dah hampir dua tahun pon sekarang .. tapi lama kelamaan aku dapat syak yang dia dah lain, makin kedekut dengan aku , dalam bank ade 5k ,dia ckp ade 3k ..bayar tu bayar ni ,tinggal la rm100 ..last2 aku kantoi sebab aku jumpe account bank statement dia dalam kete dia , huhhu..sakit hati woo tapi sabar jelaaa..

  Dah lama aku perhatikan gerak geri dia, aku mintak top-up pon tunggu dua tiga hari baru dapat , aku nak shopping pon dia cakap tak cukup duit , padahal diam2 dia pegi shopping sorang2 mase aku takde. Selalunye dia akan shopping bile aku balik hometown , mase tu lah dia bermaharajalela . Bile aku balik je aku check wardrop semua baju2 baru , kasut2 baru yang branded2 punye . hurm.. sabar jer laaa



  mujurla aku masih ade family yang tak kedekut dengan aku , kalau aku mintak duit dorang mesti bagi , tapi aku ni jenis tak suke susahkan family , tapi suke susahkan orang lain..hahahahha .. tiap2 bulan tu mak aku mesti bagi blanje kat aku , so duit tu aku buat shopping aku la ,ikut stye dia ,shopping diam2 .. tapi shopping aku takdela barang2 branded2 macam dia ..salu aku shopping kat Times Square ,Masjid Jamek , Carefour ,Ampang Point , Uptown .. huhuhu ,tu jelah tempat yang mampu aku pegi pon..tapi kadang2 aku selalu jugak beli barang2 dapur ,rase nye duit aku banyak aku habiskan untuk keperluan kami berdua ,aku boleh dikatakan tak la berkira sangat ,tapi kalau aku pon pokai memang aku berkira2..


Aku bukan nak cakap ape la , tapi aku cukup tak suke laki yang berkira ni .,lagi2 dia ade tanggungjawab terhadap seseorang atau family ke .Lepas tu nak tipu kanan tipu kiri , dapat ape tipu2 ni?, akhirnya kantoi gak .. 


Aku tak tahu mane kesudahan cerita cinta kami ni , kalau setahun lagi dia tak berubah , biar aku jelah yang beralih arah !



p/s : kalau dah duduk sebumbung baru korang tahu belangnye ..




kenape nak marah?...


korang boleh tanye aku kenape nak marah ?. sebabnye mestilah ade something yang dah buat korang marah , ye idak?.. hahaha..

marah ni sebenarnye tak elok untuk jiwa dan kesihatan ( pandai2 jer :) 
kalau marah jangan la lame2 sangat ,kalau boleh just let it go ,even benda tu menyakitkan hati sangat2 .. tak pon korang layan lagu2 60-an ke ,haha... kalau korang nak tahu aku ni pon ade habit suke marah2 gak, ape je yang aku rase tak puas hati ,aku pendam dulu ,pastu aku kumpul banyak2 then sampai mase aku letupkan BOOMMM.. TAPI sebenarnye tak elok tau buat camtu , korang kene la terus terang kalau korang ade masalah atau tak puas hati dengan sape2 , itu satu care nak kembalikan mood korang yang dah down tuh..

lagi satu kalau tak pon korang boleh pegi kat tempat tinggi , tempat paling baik kat Bukit Ampang ,,jangan la plak pegi malam2, kat situ pot kapel2 berasmaradana , kalau boleh pegi la siang hari , korang naik atas lepas tu jerit kuat2 ape yang korang tak puas hati sangat tu .. lepas tu kompem lega babe.. try la kalau tak caye..




love your life!
















Salam perkenalan ...

hai..salam perkenalan buat semua .. dah lame jugak tak berblogging ni , rase teringin pulak nak aktif lagi .. dulu aku ade blog sendiri ,semua aktiviti harian aku letak dalam tu , tapi lame2 aku jadi segan pulak bile ramai yang dah kenal aku , siap follow twitter ,facebook sume.. sekarang aku nak berubah arah , aku nak rahsiakan siape diri sebenar aku , gune pic avatar pon ok what , cute jugak kan .. LOL..

nak citer pasal diri aku ni memang complicated sikit , satu page memang tak cukup punye ,hehe.. Aku buat blog ni bukan untuk glamer tapi aku nak citer kisah hidup aku yang penuh dengan drama ni ,.harap korang sudi la bace n comment ape yang patut untuk perbaiki blog aku ni ..

okla,malas nak tulis panjang2 , korang bukan nak bace pon .. ape2 pon .. thanks sebab sudi lawat blog aku .. kalau rajin lawat la formspring aku yer,kite borak2 kat sane ,ni link nyer http://www.formspring.me/anailujune..bye,jumpe lagi...

Rihanna - Stay ft. Mikky Ekko