Wednesday, 27 March 2013

DIA AKAN TINGGALKAN AKU !!

Akhirnya masa yang aku tahu akan tiba semenangnye menunggu waktu .Dia akan pergi melanjutkan pelajaran di tempat lain. Ape akan berlaku pada aku nanti bila dia takde ?., Sape yang akan manjakan aku lagi lepas ni?.. Siapa yang akan berikan aku kasih sayang seperti dia ?, Aku tak sanggup ya allah..terlalu banyak kenangan kami bersama dalam rumah ni. Pahit manis semua aku terima. Aku tak sanggup kehilangannya lagi dalam hidup aku . Aku mahu bersama dia selamanya . Ya tuhan kenapa hati aku berat sangat mahu melepaskan dia pergi?.. Sebab aku terlalu mencintainya dan aku memerlukannya. Dia saja yang faham aku, dialah kawan, sahabat, kekasih ,teman sejati aku . Tiada apa yang dapat menandingi kasih sayang dia. Aku buta yang selama ini dia amat mencintai aku . Dia menjaga aku supaya  aku tidak ke lembah hina , dan hanyut . Akhirnya dia akan tinggalkan aku jua . Kehidupan aku selepas ketiadaan dia pasti tidak sama lagi seperti sekarang . Aku akan bagi sepenuh perhatian padanya untuk masa yang ade ni, aku tak akan kecewakan dia lagi. Ya tuhan tabahkanlah hati ini.

No comments:

Post a Comment