Wednesday 27 March 2013

DIA AKAN TINGGALKAN AKU !!

Akhirnya masa yang aku tahu akan tiba semenangnye menunggu waktu .Dia akan pergi melanjutkan pelajaran di tempat lain. Ape akan berlaku pada aku nanti bila dia takde ?., Sape yang akan manjakan aku lagi lepas ni?.. Siapa yang akan berikan aku kasih sayang seperti dia ?, Aku tak sanggup ya allah..terlalu banyak kenangan kami bersama dalam rumah ni. Pahit manis semua aku terima. Aku tak sanggup kehilangannya lagi dalam hidup aku . Aku mahu bersama dia selamanya . Ya tuhan kenapa hati aku berat sangat mahu melepaskan dia pergi?.. Sebab aku terlalu mencintainya dan aku memerlukannya. Dia saja yang faham aku, dialah kawan, sahabat, kekasih ,teman sejati aku . Tiada apa yang dapat menandingi kasih sayang dia. Aku buta yang selama ini dia amat mencintai aku . Dia menjaga aku supaya  aku tidak ke lembah hina , dan hanyut . Akhirnya dia akan tinggalkan aku jua . Kehidupan aku selepas ketiadaan dia pasti tidak sama lagi seperti sekarang . Aku akan bagi sepenuh perhatian padanya untuk masa yang ade ni, aku tak akan kecewakan dia lagi. Ya tuhan tabahkanlah hati ini.

Thursday 14 March 2013

angan tak sudah !!

Kenape ape yang aku nak tak penah tercapai ,tak penah dapat . Ape yang dirancang tak menjadi , tapi jadi yang sebaliknya . Nasib selalu je tak menyebelahi aku . Aku nak sangat jadi yang paling cantik malam dinner nanti, tapi aku tak cukup bajet. Konon2 nak jadi pengantin , last2 jadi orang biase2 jer.. Hurm, nak bwat mcm mana ,redha jela . Yang di DIA tu pulak tak call or mesej langsung tanye aku dah ade dress ke blom untuk malam tu nanti. Kadang2 rase dia dah takde hati langsung nak amik tahu hal aku lagi dah . Dia buat hal dia ,aku bwat hal aku . Kami dah tak serasi lagi macam dulu, aku rindu saat2 dulu yang dia sangat menyayangi aku, ambil berat pasal aku ,tak marah atau pukul aku . Tapi aku mungkin takkan dapat balik semua tu . Semua keterlanjuran aku ni dah melampau2, dan aku tak boleh berpatah balik. Aku hanya tunggu masa untuk berpisah dengannya. Tapi mestilah selepas dia bagi aku laptop sendiri yang baru and bayar hutang dia dengan mak aku rm1k.Selagi dia tak langsaikan ,selagi tu aku takkan berganjak .

Aku harap malam dinner nanti akan jadi malam yang paling best dan bermakna buat aku . Biarlah bersederhana pon, asalkan aku ok!

Monday 11 March 2013

KENAPE TUHAN SANGAT TAK ADIL DENGAN AKU??

Kenape tuhan tak adil sangat dengan aku ??, ape dose aku ??. adakah semua ni salah aku ??.. aku tak patut terima nasib macam ni . Aku tak nampak jalan keluar dari sini. Ya allah dia sangat membenci aku ,dia mahu aku keluar dari hidup dia ,tapi kemana harus aku pergi ?, Aku tak mampu ya allah .. aku mahu hidup bahagia dan bukannya derita . Aku menangis setiap kali bersamanya . Aku kecewa setiap kali dia mengeluarkan kata2 sinis pada aku . Aku terlalu lemah ya allah. Kenape kau bagi aku ujian yang sebegini rupa??.. Hati terlalu sakit dan hancur dek perbuatan dia pada aku . Aku diperlakukan dan dilayan tak ubah macam pelacur ,macam binatang . Aku malu . Tapi ape daya aku untuk menolak atau menghalang . Dia terlalu membenci aku .Dan sekarangla masa untuk dia membalas dendam dan aku pon ta tahu ape salah aku selama ni . Dia dilayan bak raja dalam rumah ni ,tapi still tak puas lagi . Aku diperhambakan dan aku rela ,masih lagi tak cukup untuk dia .Aku mahu hidup bebas dari cengkaman dia, tapi dia pegang kad bank aku, dia tahu mana rumah mak aku, rumah kakak aku, semua dia tahu . Aku tak boleh lari kemana2 . Kalau aku lari pon bawak laptop ni, comfirm dia cri aku dekat kolej and malukan aku. Aku boleh keluar dan lenyap dari sini, tapi aku tak boleh bawak laptop la, abis aku nak blaja cmne?, dia janji nak gantikan laptop aku tapi sampai sekarang takde pon . Yang dia beli tu IMAC tu terus. Lepas tu tak pandai guna 3dmax dlm MACBOOK ,terpaksala kongsi laptop ni . 

Aku just nak mati jer sekarang ni. ni jer penyelesaian masalah aku . Aku hidup pon on terumbang ambing ,menyusahkan semua orang buat ape pon kn.. 

Wednesday 27 February 2013

dalam benci ade sayangnye...

hahaha.. aku dah agak dah ,dia akan bayarkan punye yuran dinner untuk aku tu. Dari minggu lepas lagi dia dah bayar . Dalam benci tuh ade jugak sayangnye dia kat aku kan. Aku ingat aku yang nak surprise dia ,rupe2nye dia yang surprise aku . Sekarang tak payah la aku selindung2 belakang dia lagi, aku akan carik outfit yang same untuk kitorang . Aku nak buat yang gempak giler .huhu.. just wait n see..

Tuesday 26 February 2013

MENYAMPAH!!!

Aku menyampah giler dengan sir A tuh . Start dari dia bagitahu satu class mesej yang aku hantar kat dia tu ,dIa bace depan satu class kowt ,bagitahu semua lecturer nyer. Start dari tu lah aku dah ta mampu nak tengok pon muke dia . Class dia pon aku nak taknak je pegi. Last2 dia bagi aku D untuk subject dia , n NC untuk subject referral aku. So skrg aku dah rugi rm50 ,kene ambik referral lagi sekali . Takpe ,hari ni hari kau ,esok lusa hari aku pulak. 

Sem ni aku akan buat yang terbaik kat 3 kelas yang aku amik sem ni. aku nak buktikan dekat semua lecturer yang ape sir A tuh cakap pasal aku tak betul. Aku akan buktikan yang aku akan dapat A dalam ketiga3 subjek kali ni. A kau tunggulah masa aku pulak sampai. 



ape salah aku??

Aku tak tahu ape lagi salah aku hari ni . Aku dah pon pulangkan rm20 dia balik pagi tadi. Aku balik tadi punyelah pening kepala macam nak pecah , dala aku tak makan dari pagi . Aku pon beli la nasik lemak dekat makcik yang selalu meniaga kat lrt tu . Lepas tu ingat nak balik jalan kaki je sebab nak save duit . Tapi hari nak hujan la plak . Nampak nye naik teksi lagi la hari ni. Melayang rm5 aku . Tinggallah rm3 dalam purse n itulah yang akan bawak aku pergi esok hari. Aku nak mintak kat dia ,rasenye tak perlu kowt , aku malas nak mintak simpati dia lagi dah . Biarlah aku susah senang sendiri. Dia pon tak penah ikhlas dengan aku . Dia cakap dia sentiasa fikir masa depan dia ,buang mase dia nak fikir pasal aku .

Dia balik dari kolej around 5pm like that . Then maybe dia tengok aku tengah tidur n aku tak masak ,dia marah la kowt ,pastu dia pegi main basketball sampaila pukul 7.30pm.

Lepas tu dia mandi ,siap2 pegi keluar lagi . Ntah ke mana lagi hari ni . Aku dah takde rase ape2 dah ,nak tanye pon nanti buat sakit hati je dengar jawapan dia .Aku pon diam jerla . Aku tahu dia buat camtu sebab nak sakitkan hati aku lagi. Hati aku dah terlalu terluka untuk menangisi ape berlaku hari ini . Aku dah sampai takde airmata dah . Biarlah ape yang berlaku aku pendam dalam hati . Blog ni sekadar meluahkan isi hati ,ibarat diari aku . Aku memang suka menulis diari ,tapi setiap kali diari aku dirampas dan dikoyak2 ,ade jugak yang dibakar olehnye . Dia memang tak suke aku menulis diari. Blog ni jerlah peneman aku ,untuk sementara dia tak tahu lagi , if one day dia dapat tahu MATI LAH AKU!!!

sambungan MALAM ...

"THIS RELATIONSHIP GONNA END VERY SOON !" 

nilah perkataan yang selalu dia ungkap . Setiap kali dia ungkap aku terdiam dan terpaku . Perasaan malu dan sebersalah menghantui aku .Aku tak tahu mana lagi salah aku . Semalam dia balik around 11.30pm , aku buat2 tidur mase tu . Dia balik terus mandi . Selama aku kenal dia kalau dia keluar mane2 lepas tu terus mandi maknenye dia minum arak atau lepas having sex. 

Dia tidur kaki dekat kepala aku , aku buat2 tak sedar . Then aku keluar sebab nak pegi ambik air minum , dia pon follow aku macam la aku nak larikan diri . Memang selalu dia buat macam tu pon. Perasaan unsecure dengan aku dah lama dalam diri dia . Sampai aku tak penah dapat kunci rumah sendiri , aku takde password macbook dia , handfone dia . Padahal  aku tiada langsung berahsia dengan dia . Memang sakit hati , tapi nak buat macam mana lagi , aku masih belum dipercayai 100%.

Pagi tadi aku ambik rm20 dalam wallet dia. Punyelah dia marah sampai cakap lagi "this relationship gonna end very soon ", aku terkesima /terkejut / dan macam2 lagi perasaan yang bercampur baur. Sememangnya dia nak sangat aku pergi dari hidup dia. Sedangkan bila dia guna duit aku tanpa bagitahu aku dulu ,aku diam jer , takde pon aku nak cakap ape2 .
Kenapa dunia ni sangat tak adil pada aku ?.. Semua aku buat semua salah , dia buat semua betul , aku langsung tak boleh nak pertahankan hak aku , aku langsung tak boleh bersuara . Semua keputusan di tangan dia . Bile aku kena makan , cara tidur ,buat kerja semua kene ikut cakap dia . Even nak keluar rumah pon dia tak bagi ,kalau bagi pon if dia suruh beli ape2 .Kalau aku berdegil jugak dia akan cakap "this relationship gonna end very soon"..