Wednesday, 27 March 2013
DIA AKAN TINGGALKAN AKU !!
Akhirnya masa yang aku tahu akan tiba semenangnye menunggu waktu .Dia akan pergi melanjutkan pelajaran di tempat lain. Ape akan berlaku pada aku nanti bila dia takde ?., Sape yang akan manjakan aku lagi lepas ni?.. Siapa yang akan berikan aku kasih sayang seperti dia ?, Aku tak sanggup ya allah..terlalu banyak kenangan kami bersama dalam rumah ni. Pahit manis semua aku terima. Aku tak sanggup kehilangannya lagi dalam hidup aku . Aku mahu bersama dia selamanya . Ya tuhan kenapa hati aku berat sangat mahu melepaskan dia pergi?.. Sebab aku terlalu mencintainya dan aku memerlukannya. Dia saja yang faham aku, dialah kawan, sahabat, kekasih ,teman sejati aku . Tiada apa yang dapat menandingi kasih sayang dia. Aku buta yang selama ini dia amat mencintai aku . Dia menjaga aku supaya aku tidak ke lembah hina , dan hanyut . Akhirnya dia akan tinggalkan aku jua . Kehidupan aku selepas ketiadaan dia pasti tidak sama lagi seperti sekarang . Aku akan bagi sepenuh perhatian padanya untuk masa yang ade ni, aku tak akan kecewakan dia lagi. Ya tuhan tabahkanlah hati ini.
Thursday, 14 March 2013
angan tak sudah !!
Kenape ape yang aku nak tak penah tercapai ,tak penah dapat . Ape yang dirancang tak menjadi , tapi jadi yang sebaliknya . Nasib selalu je tak menyebelahi aku . Aku nak sangat jadi yang paling cantik malam dinner nanti, tapi aku tak cukup bajet. Konon2 nak jadi pengantin , last2 jadi orang biase2 jer.. Hurm, nak bwat mcm mana ,redha jela . Yang di DIA tu pulak tak call or mesej langsung tanye aku dah ade dress ke blom untuk malam tu nanti. Kadang2 rase dia dah takde hati langsung nak amik tahu hal aku lagi dah . Dia buat hal dia ,aku bwat hal aku . Kami dah tak serasi lagi macam dulu, aku rindu saat2 dulu yang dia sangat menyayangi aku, ambil berat pasal aku ,tak marah atau pukul aku . Tapi aku mungkin takkan dapat balik semua tu . Semua keterlanjuran aku ni dah melampau2, dan aku tak boleh berpatah balik. Aku hanya tunggu masa untuk berpisah dengannya. Tapi mestilah selepas dia bagi aku laptop sendiri yang baru and bayar hutang dia dengan mak aku rm1k.Selagi dia tak langsaikan ,selagi tu aku takkan berganjak .
Aku harap malam dinner nanti akan jadi malam yang paling best dan bermakna buat aku . Biarlah bersederhana pon, asalkan aku ok!
Aku harap malam dinner nanti akan jadi malam yang paling best dan bermakna buat aku . Biarlah bersederhana pon, asalkan aku ok!
Monday, 11 March 2013
KENAPE TUHAN SANGAT TAK ADIL DENGAN AKU??
Kenape tuhan tak adil sangat dengan aku ??, ape dose aku ??. adakah semua ni salah aku ??.. aku tak patut terima nasib macam ni . Aku tak nampak jalan keluar dari sini. Ya allah dia sangat membenci aku ,dia mahu aku keluar dari hidup dia ,tapi kemana harus aku pergi ?, Aku tak mampu ya allah .. aku mahu hidup bahagia dan bukannya derita . Aku menangis setiap kali bersamanya . Aku kecewa setiap kali dia mengeluarkan kata2 sinis pada aku . Aku terlalu lemah ya allah. Kenape kau bagi aku ujian yang sebegini rupa??.. Hati terlalu sakit dan hancur dek perbuatan dia pada aku . Aku diperlakukan dan dilayan tak ubah macam pelacur ,macam binatang . Aku malu . Tapi ape daya aku untuk menolak atau menghalang . Dia terlalu membenci aku .Dan sekarangla masa untuk dia membalas dendam dan aku pon ta tahu ape salah aku selama ni . Dia dilayan bak raja dalam rumah ni ,tapi still tak puas lagi . Aku diperhambakan dan aku rela ,masih lagi tak cukup untuk dia .Aku mahu hidup bebas dari cengkaman dia, tapi dia pegang kad bank aku, dia tahu mana rumah mak aku, rumah kakak aku, semua dia tahu . Aku tak boleh lari kemana2 . Kalau aku lari pon bawak laptop ni, comfirm dia cri aku dekat kolej and malukan aku. Aku boleh keluar dan lenyap dari sini, tapi aku tak boleh bawak laptop la, abis aku nak blaja cmne?, dia janji nak gantikan laptop aku tapi sampai sekarang takde pon . Yang dia beli tu IMAC tu terus. Lepas tu tak pandai guna 3dmax dlm MACBOOK ,terpaksala kongsi laptop ni .
Aku just nak mati jer sekarang ni. ni jer penyelesaian masalah aku . Aku hidup pon on terumbang ambing ,menyusahkan semua orang buat ape pon kn..
Aku just nak mati jer sekarang ni. ni jer penyelesaian masalah aku . Aku hidup pon on terumbang ambing ,menyusahkan semua orang buat ape pon kn..
Subscribe to:
Posts (Atom)